

RESEARCH AND INTEGRATED STUDIES SYMPOSIUM 2023 (RAISE'23)

OBJEKTIF
-
Menggalakkan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi dalam pelbagai bidang merangkumi institusi pendidikan seluruh Malaysia.
-
Menaik taraf usaha dan impak ke arah penyebaran ilmu dan pertukaran maklumat hasil penyelidikan.
-
Mewujudkan platform dengan matlamat perkongsian idea dan hasil penyelidikan untuk manfaat industri dan masyarakat.
-
Memperluas jaringan kolaborasi dengan institusi atau agensi luar dalam bidang penyelidikan.
-
Meningkatkan imej PMBS sebagai institusi yang memperkasakan budaya penyelidikan dan mengorak langkah ke arah institusi yang berdaya saing dalam penghasilan penyelidikan berimpak tinggi.
PENYERTAAN
-
Penyertaan adalah terbuka kepada orang awam termasuklah semua pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti, Politeknik, Institut Latihan Kemahiran, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan mana-mana institusi pendidikan yang lain di Malaysia.
-
Setiap penyertaan adalah sebanyak RM 100 sahaja (termasuk pembentangan).
-
Yuran penyertaan yang telah dibayar tidak akan dikembalikan sekiranya peserta tidak dapat menghantar kertas penulisan selepas tarikh akhir penerimaan artikel yang telah dibetulkan.
-
Hanya TIGA (3) nama penulis sahaja dibenarkan untuk satu kertas penulisan dan senarai nama keahlian tersebut TIDAK BOLEH diubah selepas pembayaran dibuat.
-
Pembentangan boleh terdiri daripada kertas penyelidikan, kertas konsep atau kajian tindakan.
-
Skop penyelidikan merangkumi LIMA (5) bidang utama iaitu;
-
Sains Sosial
-
Kejuruteraan dan Teknikal
-
Persekitaran dan Kesihatan
-
Pendidikan
-
Multidisiplin
-
-
Kertas penyelidikan yang dihantar akan disemak oleh panel penilai yang telah dilantik dan harus dibaiki berdasarkan komen yang diberikan dan perlu dihantar sebelum atau pada 18 Ogos 2023.
-
Kertas penyelidikan yang tidak dibaiki berdasarkan komen tidak akan diterbitkan.
-
Sijil penulisan dan sijil pembentangan akan dikeluarkan kepada setiap kertas penulisan yang dibentangkan.
-
Borang pengakuan penyertaan WAJIB diisi dan dihantar bersama kertas penulisan.

PEMBAYARAN
-
Pembayaran boleh dibuat sehingga 25 Ogos 2023.
-
Setiap penyertaan adalah sebanyak RM 100 sahaja (termasuk pembentangan).
-
Pembayaran perlu dibuat dengan menyatakan NAMA PENUH WAKIL KUMPULAN. Untuk rujukan pada slip pembayaran, wakil perlu menulis kod kertas penyelidikan sebagai rujukan penganjur.
-
Contoh: Nama Penuh - MOHAMAD JOHARI BIN JOHAR, Rujukan: RAISE001
-
-
Pembayaran boleh dibuat menggunakan kaedah Online Banking kepada Koperasi Politeknik METrO Betong Sarawak
-
NOMBOR AKAUN AGROBANK: 1007591000001310
-
-
Sila muatnaik slip pembayaran melalui pautan yang diberikan.

JAWATANKUASA RAISE'23
Penaung
ENCIK SUHAILI BIN ALEH
​
Penasihat
PUAN EMIRUDZIAWATI BINTI JUNI
​
Pengarah Program
ENCIK MOHAMAD SHUKRI BIN MUDA
​
Timbalan Pengarah Program
CIK LIEW JAN FUI
Setiausaha
PUAN AGNES ANAK BUDA​
​
Bendahari
CIK FARAH NADIA BINTI MOHD HASNU (K)​
PUAN RUZAINI BINTI ABD RAZAK
​
Editor
PUAN EVELYN ANAK FRANKLING TEGIK
​
JK Pendaftaran
PUAN EMILYN ANAK NOJEN
​
JK Dokumentasi & Penilaian
PUAN HASIMAH BINTI SALLEH (K)​
PUAN JESSICA BINTI JAWA
ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN
PUAN NUR FAIZAH BINTI ZAM ZAM
CIK EMILIANA BINTI BARAYAN
​
JK Multimedia & Rekabentuk
CIK AREN LAH KEBING
​
JK Promosi
PUAN CLARINA ANAK REHAT​
JK laman Web​
ENCIK MOHAMAD SHUKRI BIN MUDA (K)
CIK AREN LAH KEBING
​
JK Hadiah, Sijil & Cenderahati
CIK AFIFAH BINTI BOLHASSAN (K)
CIK FAZIDAH BINTI SAHADAN
​
​
JK Persiapan Tempat, Teknikal, Dekorasi & Peralatan
PUAN NORFAIREZA BINTI AKIL (K)
ENCIK LARNERDO ANAK JOHN FRENCH UDIN
CIK FAZIKA BINTI HAMID
​
Jk Perasmian & Pembentangan
ENCIK MUHAMMAD AFIQ FIQRI BIN MOHD JAFRI (K)​
CIK NORAZIMAH BINTI MEJRI
PUAN LYDIA DESMOND BANGGA
ENCIK AHMAD NAZRIN BIN AB AZIZ
ENCIK ANDERIAN BALING ANAK PIANG